PENYAMBUNGAN BANTUAN SEWA/ANSURAN RUMAH 2024

TEMPOH KEMASKINI SEHINGGA
18 NOVEMBER 2023


UNTUK KEMASKINI SILA LAYARI

PANDUAN KEMASKINI

Langkah 1 : Layari Portal EZO dan daftar masuk

  1. Bagi pengguna baru sila daftar akaun baru – klik [Individu]

  2. Bagi pengguna sedia ada, sila masukkan ID dan Kata Laluan

  3. Sekiranya “terlupa kata laluan” sili klik pada pautan [Terlupa Kata Laluan]

Langkah 02 : Sahkan profile peribadi & pilih menu “Permohonan Zakat Online”

  1. Sila sahkan profile anda

  2. Sila scroll ke bawah banner Penyambungan Bantuan Sewa Rumah dan Klik pada butang “Isi Borang Penyambungan”

Langkah 03 : Pada menu Penyambungan Bantuan Sewa Rumah

  1. Sila klik pada pilihan “penyambungan semula bantuan sewa rumah”

  2. Bila pilih perkara 1, sistem akan paparkan button [Isi Borang Penyambungan]. Pengguna perlu klik button [Isi Borang Penyambungan]

Langkah 04 : Lengkapkan proses penyambungan sewa rumah

  1. Sila semak maklumat tuan rumah dan kaedah bayaran

  2. Pengguna perlu membuat pilihan perbaharui bantuan sewa rumah mengikut situasi semasa pemohon

  3. Setelah itu pilih button [Seterusnya]

Langkah 05 : Lengkapkan dokumen lampiran

  1. Sila lengkapkan dokumen lampiran seperti yang di pinta.

  2. Sekiranya pemohon tiada borang maklumat sewa rumah… sila download melalui pautan borang maklumat sewa rumah

Langkah 06 : Hantar permohonan

  1. Sila semak maklumat kemaskini/penyambungan sewa rumah dan pastikan dokumen di muat naik yang betul

  2. Sekiranya semuanya di sahkan tepat, sila pilih button [hantar permohonan penyambungan bantuan sewa rumah]

SOALAN LAZIM

1. Apakah yang dimaksudkan penyambungan semula bantuan sewa rumah?
Penyambungan bantuan sewa rumah adalah proses kemaskini maklumat sewaan rumah asnaf bagi tahun 2024 merangkumi perkara berikut :-

  • Kadar sewaan semasa dan terkini (tahun 2024)

  • Maklumat pemilik rumah semasa

  • Kaedah bayaran sewa

2. Sekiranya ketua keluarga dijatuhkan hukuman penjara/tidak bertanggungjawab/menghilangkan diri/ dalam proses penceraian perlukah kemaskini dilakukan?

Perlu dan boleh merujuk ke cawangan LZS terdekat bagi pertukaran maklumat ketua keluarga

3. Adakah dokumen yang saya muatnaik dalam portal perlu disahkan terlebih dahulu oleh nazir/amil/ketua penduduk ditempat saya tinggal?

Dokumen lampiran (salinan) perlu disahkan

4. Bilakah saya boleh menyemak status kelulusan bantuan sewa rumah

Status kelulusan bantuan boleh disemak selepas 15 Disember 2023

5. Sekiranya saya mempunyai pertanyaan, dimanakah perlu saya rujuk?

  • Talian Zakat Selangor : 1300-88-4343

  • Emel : [email protected]

  • Cawangan Zakat Selangor yang berhampiran

TEMPOH KEMASKINI MAKLUMAT

sehingga

18 NOV 2023